Alaf Koridor Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pengawalan serangga milik 100% bumiputera. Kami berpengalaman lebih daripada 13 tahun.
Aktiviti kawalan perosak adalah kerja menguruskan spesies yang ditakrifkan sebagai makhluk perosak dan menjejaskan kegiatan manusia seperti anai-anai, tikus, nyamuk, pepijat dan lain-lain. Tugasan mengawal makhluk perosak ini bergantung kepada jenis dan kadar kerosakan yang dilakukan. Ianya dilakukan melalui aktiviti pencegahan dan kawalan menggunakan kaedah seperti penyingkiran fizikal dan bahan kimia untuk memusnahkan serta mencegah makhluk perosak tersebut.
Kami menyediakan perkhidmatan dan produk kebersihan/sanitari untuk premis perniagaan, pejabat atau ruang komersial bagi meningkatkan persekitaran kerja yang menyamankan serta bersih dan sihat. Perkhidmatan ini tertumpu terutamanya di laluan utama premis, ruangan kerja atau bilik mesyuarat, dalam bilik air, dapur, kilang dan wad hospital.
Di Alaf Koridor Sdn. Bhd., kami percaya bahawa perniagaan kami mesti menepati kepuasan pelanggan dengan lebih bermakna. Kami telah berkhidmat sebagai syarikat kawalan perosak dan perkhidmatan kebersihan yang dipercayai di seluruh Malaysia melebihi satu dekad.